Skip to main content

Advertisement

CUEPACS | Teliti beberapa perkara pelaksanaan penjimatan

CUEPACS | Teliti beberapa perkara pelaksanaan penjimatan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan meneliti beberapa perkara dalam melaksanakan garis panduan penjimatan perbelanjaan awam, terutama perkara yang boleh mengakibatkan ‘gangguan’ kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat yang menyifatkan langkah kerajaan mengeluarkan garis panduan penjimatan itu sebagai ‘kepimpinan melalui teladan’ berkata, antara perkara yang dimaksudkan termasuklah hal-hal yang melibatkan perjawatan.