Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Cerucuk besi dijangka dipasang pada Jumaat

Cerucuk besi dijangka dipasang pada Jumaat

Pemasangan cerucuk besi di kawasan tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dijangka dilakukan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kaedah itu akan dilakukan selepas kerja-kerja penutupan runtuhan tanah yang bermula petang Rabu selesai.