Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Cemburu dipercayai punca bekas isteri maut ditikam

Cemburu dipercayai punca bekas isteri maut ditikam

Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita berusia 42 tahun maut ditikam bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa Darulnaim, Kubang Kerian, sekitar jam 3 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa yang maut merupakan ibu kepada tiga anak serta berstatus ibu tunggal.

Siasatan awal ke atas mayat, polis menjumpai 13 kesan kecederaan di tubuh mangsa.