Skip to main content

Advertisement

Bidang Telco | ILP Sandakan sasar lahir pelajar berkemahiran

Bidang Telco | ILP Sandakan sasar lahir pelajar berkemahiran

Menyambut baik keperluan pasaran tenaga mahir dalam bidang pembinaan rangkaian telekomunikasi.

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan menjalinkan kerjasama dengan lapan syarikat kontraktor telekomunikasi tempatan Sabah.

Ia bagi memastikan pelajar diberi peluang mempelajari penggunaan teknologi dan peralatan khusus dalam bidang rangkaian telekomunikasi, seterusnya melahirkan tenaga kerja ber- kepakaran.