Skip to main content

Advertisement

Berita Palsu | Cabaran hebat yang perlu ditangani

Berita Palsu | Cabaran hebat yang perlu ditangani

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha dalam menangani isu maklumat dan berita palsu dalam kalangan rakyat terutama di media sosial.

Jelasnya, antara usaha itu adalah dengan menubuhkan portal SEBENARNYA.MY pada 2017 yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).