Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Mei 2026.

  1. "Kita sekarang dalam tempoh edah, PRU16 dah tak lama" - Radzi Jidin

    Datuk Radzi Jidin membayangkan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berkemungkinan besar akan diadakan lebih awal dan tidak akan menunggu sehingga ke penghujung penggal.

  2. Rapat Rakyat Selangor: Label menjatuhkan tidak tepat, itu tugas pembangkang - R. Sanjeevan

    Datuk Seri R. Sanjeevan menegaskan peranan pembangkang adalah untuk mengkritik dasar kerajaan yang dilihat tidak memihak kepada rakyat, selain menjadi semak dan imbang dalam sistem demokrasi.

  3. PH akan 'kuburkan' BN kali kedua di Johor - Aminolhuda

    Pakatan Harapan (PH) Johor berazam mahu ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) buat kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang.

  4. Rafizi, Nik Nazmi umum ambil alih Parti Bersama Malaysia

    Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama sekutunya, bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan mengambil alih Parti Bersama Malaysia, sebuah parti politik kecil yang berpangkalan di Pulau Pinang.

  5. Rafizi, Nik Nazmi umum letak jawatan Ahli Parlimen, keluar PKR

    Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa Isnin.

  6. PKR terima hasrat Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Parlimen - Fuziah

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima hasrat Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing serta keluar daripada parti itu.

  7. PRN, PRU: PH bertanding semua kawasan, tidak teragak-agak bubar awal - Anwar

    Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan bertanding di semua kawasan sama ada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mahu pun Pilihan Raya Umum (PRU).
     

  8. Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei

    Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei depan bersamaan 10 Zulhijah 1447 Hijrah.

  9. Kerajaan bincang tingkat had kuota BUDI95 penghantar makanan - PM Anwar

    Kerajaan akan membincangkan cadangan meningkatkan had kuota Budi MADANI RON95 (BUDI95) bagi penghantar makanan p-hailing kepada 250 liter, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Selasa ini.

  10. PRN Johor: Anwar berhasrat adakan rundingan dengan Presiden UMNO

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan perkembangan politik semasa berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.


 

Must Watch Video