Skip to main content

Malaysia

Talk To My Manager 2: Tiada penyingkiran! Pak Azad & Amarra Sofea tarik nafas lega

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Pak Azad & Amarra Sofea menjadi pasangan ketiga meninggalkan pentas minggu kelima tersebut.  Bagaimanapun,  Pak Azad dan Amarra Sofea menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu tersebut._GEMPAK
Pak Azad & Ammara sepatutnya menjadi pasangan ketiga yang meninggalkan pentas Talk To My Manager 2 pada minggu kelima, namun tiada penyingkiran diumumkan minggu ini. - Gambar Gempak

SHAH ALAM: Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Pak Azad & Amarra Sofea menjadi pasangan ketiga meninggalkan pentas pada minggu kelima.

Bagaimanapun, Pak Azad dan Amarra Sofea menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu ini.

Turut berada di tangga tiga terbawah adalah Datuk Seri Vida & Cik B serta Adira & Anggrek.

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu keempat menjadi milik Linda Jasmine dan Ratu.

Hasil kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Sementara itu, Datuk A. Aida dan Azeva sekali lagi berjaya merangkul anugerah Manager Paling Perform (MPP) dan memilih rawatan spa sebagai pilihan hadiah.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Shila Amzah selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka. - Gempak

Must Watch Video