Skip to main content

Advertisement

Berita Dipercayai | Peranan media tidak perlu berubah

Berita Dipercayai | Peranan media tidak perlu berubah

Peranan media sebagai penyampai maklumat yang benar kepada masyarakat tidak boleh sesekali berubah, walaupun berdepan asakan ketidakpercayaan, ledakan media sosial serta pengaruh pemerintah.

Ketua Editor Jakarta Post, Taufiq Rahman berpandangan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters Institute dan University Of Oxford, membuktikan media yang bersifat bebas masih mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

Jelas beliau, institusi media berdepan krisis kepercayaan sebelum COVID-19 melanda dunia lagi, dan masyarakat dilihat semakin 'lelah' terhadap pemberitaan selepas pandemik itu berpanjang sejak dua tahun lalu.