Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gangguan Seksual | Perbicaraan Ebit Lew bermula hari ini

Gangguan Seksual | Perbicaraan Ebit Lew bermula hari ini

Perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew melibatkan gangguan seksual akan bermula hari ini hingga 30 Sept di Mahkamah Majistret Tenom.

Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lepas.