Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bekalan makanan dan air kritikal di Rantau Panjang

Bekalan makanan dan air kritikal di Rantau Panjang

Penduduk yang terjejas akibat banjir di kawasan Rantau Panjang kini menghadapi krisis bekalan makanan dan air bersih, menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Prihatin Apam Putera, Sabri Muhammad.

Menurut beliau, permintaan untuk bantuan makanan dan keperluan asas meningkat mendadak, dengan ramai penduduk memohon bantuan segera.