Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gangguan Bekalan Air | Bekalan air pulih 75% - Air Selangor

Gangguan Bekalan Air | Bekalan air pulih 75% - Air Selangor

Bekalan air ke kawasan terjejas susulan henti tugas sementara disebabkan insiden pencemaran bau di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, pulih 75 peratus setakat 6 petang Ahad.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, peratusan pemulihan bekalan air di Hulu Selangor adalah 100 peratus, Gombak dan Kuala Selangor (99 peratus), Klang dan Shah Alam (72 peratus), Petaling 62 peratus dan Kuala Langat (kosong peratus).