Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bazar Ramadan | Tahap pematuhan SOP memuaskan

Bazar Ramadan | Tahap pematuhan SOP memuaskan

Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tapak bazar Ramadhan di ibu negara didapati memuaskan, biarpun ada segelintir ibu bapa dan penjaga yang dilihat membawa anak kecil.

Kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ramai pengunjung dilihat mengikut arahan yang ditetapkan penganjur bazar, termasuk menjaga penjarakan sosial, cuba elak tempat yang sesak dan memastikan anak kecil yang dibawa itu memakai pelitup muka.