Bazar Ramadan terus menjadi tarikan masyarakat pelbagai kaum yang mengambil peluang menikmati pelbagai juadah serta merasai kemeriahan suasana sepanjang bulan Ramadan. Kepelbagaian makanan dan minuman yang ditawarkan menjadikan bazar ini antara lokasi tumpuan yang dinanti-nantikan setiap tahun.