Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Banjir KL | Kerajaan pertahan projek bina terowong simpanan air bawah tanah

Banjir KL | Kerajaan pertahan projek bina terowong simpanan air bawah tanah

Kementerian Wilayah Persekutuan mempertahankan pembinaan terowong penyimpanan air bawah tanah berskala besar dalam usaha mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu merupakan satu kaedah penyelesaian jangka panjang, selain usaha-usaha mitigasi lain melibatkan jangka pendek dan sederhana yang sedang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kata Shahidan, DBKL akan menggunakan sumber sedia ada bagi mengatasi masalah banjir kilat, dengan kos sekitar RM2.5 bilion bagi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.