#AWANIByte: HUAWEI lancar siri WATCH FIT 4 & WATCH 5, gabungan gaya dan teknologi kesihatan
HUAWEI Malaysia melancarkan siri HUAWEI WATCH FIT 4 dan HUAWEI WATCH 5 yang menggabungkan gaya, kesihatan dan teknologi moden.
Bagi siri HUAWEI WATCH FIT 4, dua model menawarkan peranti nipis dan ringan dengan berat 27 gram dan ketebalan 9.5 milimeter untuk versi standard manakala versi pro dengan profil nipis 30.4 gram dan 9.3 milimeter.
Siri HUAWEI WATCH FIT 4 juga dilengkapi ciri pemantauan kesihatan menyeluruh seperti kadar degupan jantung, SpO-2, tidur, tekanan, emosi, kitaran haid wanita.
HUAWEI WATCH FIT 4 Pro menyokong fungsi tambahan, seperti mod sukan lanjutan termasuk Golf dan selam bebas sehingga 40m, dan ECG memantau kesihatan jantung secara lebih menyeluruh.
HUAWEI WATCH 5 pula dilengkapi teknologi inovatif multi-sensing X-tap yang mampu mengesan kesihatan dari hujung jari dan memberikan bacaan lebih tepat dengan kualiti isyarat 10 hingga 50 kali lebih baik kurang dari 60 saat.
HUAWEI WATCH 5 juga memiliki kawalan isyarat intuitif, termasuk double slide dan double tap, membolehkan pengguna mengendalikan panggilan, dan mengawal kamera telefon pintar mereka dari jauh.
Untuk maklumat lanjut, kemas kini, dan promosi, layari laman Web, Facebook, atau Instagram rasmi HUAWEI.