Skip to main content

Advertisement

Isu 'Watch Dog', bukan 'Watch Man' - Azalina

Isu 'Watch Dog', bukan 'Watch Man' - Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Ombudsman akan mengambil alih tugas Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) kerana bebas dari sebarang kawalan kerajaan tetapi timbulnya konflik kerana BPA di bawah pengawasan kerajaan.

Peranan Ombudsman adalah menggabungkan BPA dan SIAP menjadi satu agensi, melihat salah tadbir dan salah laku pegawai penguatkuasa, serta berperanan melaksanakan Akta Pelindungan Pemberi Maklumat dan Akta Kebebasan Maklumat.

#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat