Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

ASEAN sukar iktiraf pilihan raya Myanmar jika dilaksana secara tidak adil

ASEAN sukar iktiraf pilihan raya Myanmar jika dilaksana secara tidak adil

Pilihan raya Myanmar yang bakal diadakan berkemungkinan sukar untuk diiktiraf oleh ASEAN sekiranya tidak dilaksanakan secara telus dan inklusif.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bertegas menuntut kerajaan Junta Myanmar untuk menganjurkan pilihan raya yang menyeluruh agar rakyat di negara bergolak itu berpeluang mencapai keamanan dan kedaulatan.