Isu pemintasan Global Sumud Flotilla oleh tentera laut Israel kini mendapat perhatian dunia. Konvoi kemanusiaan terbesar dengan lebih 500 aktivis dari 44 negara termasuk Malaysia, bukan sahaja membawa ubat-ubatan dan makanan ke Gaza, tetapi turut menjadi simbol solidariti dan keberanian masyarakat antarabangsa.