Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Mei 2026.

1. Kemasukan pelajar UEC ke IPTA kekal bersyarat, wajib lulus BM, Sejarah - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetap tertakluk kepada syarat ketat sama seperti lulusan sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain.

2. Kaji semula pengiktirafan sijil UEC - Muhyiddin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai “hadiah paling buruk” sempena sambutan Hari Guru tahun ini.

3. Kesahihan dakwaan Jho Low kembali ke Malaysia masih dalam siasatan - KPN

Polis belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, pernah memasuki Malaysia tahun lalu bagi mengadakan pertemuan rahsia dengan delegasi dari China.

4. Sistem perekodan kokurikulum pelajar secara manual dimansuhkan - Fadhlina

Sistem perekodan kokurikulum secara manual dimansuhkan sebagai langkah mengurangkan beban tugas guru.

5. Mara tawar pembiayaan Program Kadet Juruterbang, utamakan pelajar tahfiz STEM

Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal membuka permohonan pembiayaan kepada pelajar baharu yang berminat menyertai Program Kadet Juruterbang, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tahfiz aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

6. Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang ganti Hamzah

Perikatan Nasional (PN) melantik Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

7. PRN Johor: BN sah bertanding semua 56 kerusi DUN

Barisan Nasional (BN) Johor disahkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

8. Aisha Retno diumum pegang watak Puteri Gunung Ledang dalam PGL The Musical

Penyanyi muda berbakat, Aisha Retno diumumkan sebagai pelakon utama baharu bagi watak ikonik Puteri Gunung Ledang dalam pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL The Musical).

9. Perdana Menteri rasmi sambutan Hari Guru, 12 inisiatif ceriakan golongan pendidik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026 yang berlangsung di sebuah hotel, di Ipoh hari ini.

10. Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada warganegara pada 18 Mei ini

Semua 19 muzium di bawah seliaan Jabatan Muzium akan dibuka secara percuma kepada warganegara Malaysia pada 18 Mei ini sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026.
 

Must Watch Video