Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Ahmad Nor Iman Hakim sumbang emas ke-33 acara kick boxing

Ahmad Nor Iman Hakim sumbang emas ke-33 acara kick boxing

Kata-kata semangat daripada bapanya, Rakib Ahmad serta kejayaan adiknya mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA edisi lepas membakar semangat atlet kick boxing negara Ahmad Nor Iman Hakim Rakib untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara pada Selasa.

Dalam final kategori kick light lelaki bawah 69 kilogram di Stadium Nasional Morodok Techo, Nor Iman menewaskan wakil Indonesia, Muharram Syach Firman 2-1 untuk muncul juara Sukan SEA Kemboja 2023.