KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran magnitud 6.2 menggegarkan wilayah Kepulauan Talaud, Sulawesi Utara pada Sabtu petang, dengan gegaran turut dirasai hingga ke Manado.
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa berlaku pada pukul 5.34 petang waktu Indonesia Barat.
Pusat gempa dilaporkan berada di laut kira-kira 89 kilometer barat laut Pulau Karatung, pada kedalaman 31 kilometer.
Gegaran dirasai pada intensiti III hingga IV Skala Modified Mercalli (MMI) di Kepulauan Talaud dan Naha, manakala di Manado, gegaran dilaporkan pada intensiti II hingga III MMI.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa akibat gempa tersebut.
Update Info Gempa Mag:6.2, 04-Apr-26 17:34:30 WIB, Lok:4.90 LU,126.29 BT (89 km BaratLaut PULAUKARATUNG-SULUT), Kedlmn:31 Km, dirasakan di Kep. Talaud, Naha III-IV MMI dan Manado II-III MMI ::BMKG pic.twitter.com/9eYICLeuv9
— BMKG (@infoBMKG) April 4, 2026