Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Ahli Kongres AS desak Biden henti bekal senjata ke Israel

Ahli Kongres AS desak Biden henti bekal senjata ke Israel

Ahli Kongres Amerika Syarikat, Greg Casar, bersama 19 lagi anggota Dewan Perwakilan, telah menggesa pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menghentikan penghantaran senjata kepada Israel.

Menerusi hantaran di X, Casar mengatakan jika kerajaan Netanyahu gagal membenarkan makanan dan ubat-ubatan mencukupi masuk ke Gaza, maka AS tidak boleh menghantar senjata ke Israel.