Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

3,386 pegawai perubatan kontrak letak jawatan

3,386 pegawai perubatan kontrak letak jawatan

Seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan kerajaan lantikan kontrak telah meletak jawatan bagi tempoh 2017 hingga 2022.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata antara sebab peletakan jawatan ialah memilih berkhidmat dengan sektor swasta; membuka klinik sendiri; berhijrah ke luar negara serta masalah kesihatan seperti tekanan mental.