Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

303 maut, 279 hilang dalam tragedi banjir Sumatera

303 maut, 279 hilang dalam tragedi banjir Sumatera

Sebanyak 303 mangsa dilaporkan maut manakala 279 masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda tiga wilayah di Sumatera, Indonesia. Ketua BNPB Suharyanto berkata Sumatera Utara merekodkan angka korban tertinggi, diikuti Sumatera Barat dan Aceh. Operasi mencari dan menyelamat, pemulihan komunikasi serta penghantaran logistik kini menjadi keutamaan ketika cuaca mula pulih.