Skip to main content

Advertisement

11 maut, 13 cedera ketika lintas kawasan pergunungan

11 maut, 13 cedera ketika lintas kawasan pergunungan

Sekurang-kurangnya 11 maut, manakala 13 lagi cedera selepas runtuhan salji menimpa sekumpulan suku nomad di kawasan pergunungan di utara Pakistan.

Agensi pengurusan bencana negara itu pada Sabtu memaklumkan kejadian berlaku ketika mereka melintasi kawasan tersebut pada ketinggian 4,420 meter dari paras laut, ke lembah Kashmir.