Skip to main content
Advertisement
[TERKINI] Pemimpin politik hendaklah menjaga adab dan tutur kata – YDPA

[TERKINI] Pemimpin politik hendaklah menjaga adab dan tutur kata – YDPA

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya semua pemimpin politik menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati apabila membuat sebarang kenyataan.
Sultan Ibrahim bertitah, ahli politik hendaklah tidak mencetuskan sebarang provokasi terhadap isu sensitif terutama menjelang musim pilihan raya yang menjadi medan untuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin.
Advertisement