Sunting foto aibkan Sultan Selangor lukakan masyarakat Islam
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) percaya, tindakan menyunting dan menyebarkan imej mengaibkan Sultan Selangor dibuat dengan sengaja untuk melukakan perasaan masyarakat Islam di negeri itu.
Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, hantaran beberapa pemilik akaun Facebook yang tular itu jelas menghina kedudukan baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor kerana mengaitkan dengan objek dan visual yang haram mengikut perspektif hukum syarak.