ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mei 2026.
Tiga tahun Kerajaan MADANI, agenda Bumiputera lebih lantang - PM
Anwar berkata dalam gagasan Kerajaan MADANI, tidak ada ruang bagi fahaman elitisme yang meminggirkan kepentingan Bumiputera seperti yang diandaikan oleh sesetengah pihak.
Tunai haji seorang diri, remaja 18 tahun jadi jemaah termuda tahun ini
Menurut Eusoff, dia berpeluang ke Tanah Suci pada usia muda hasil inisiatif ibunya yang mendaftarkan dengan simpanan Tabung Haji sejak kecil lagi.
Pulau Pinang catat kes pertama meninggal dunia akibat cuaca panas
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.08 pagi 26 April dan punca kematian disebabkan strok haba.
- Kes bunuh Nurfisya: Polis sahkan 61 tikaman, bukan 105
Jumlah tersebut tidak termasuk luka lain seperti kesan calar yang turut ditemui pada anggota tubuh mangsa.
Kanak-kanak lemas: Mayat Nur Qaseh ditemui 11km dari lokasi terjatuh
Mayat dikenal pasti sebagai Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, berdasarkan pengecaman oleh ibu bapa mangsa.
PRU16 serentak PRN bergantung situasi politik, perkenan Raja-Raja - Ahmad Zahid
Walaupun tempoh pentadbiran Melaka dan Johor bakal berakhir, keputusan akhir tertakluk kepada kuasa ketua negeri berdasarkan nasihat Menteri Besar dan Ketua Menteri.
- Suami isteri maut dirempuh kereta disyaki dipandu lelaki mabuk
Pasangan suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Menara Great Eastern di sini awal pagi semalam.
- Kerajaan pantau penipuan tawaran badal haji - Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata tindakan itu dibuat secara berterusan bagi memastikan rakyat Malaysia tidak menjadi mangsa penipuan terutama pada saat akhir musim haji.
- UMNO, PH bincang isu kemelut Negeri Sembilan minggu depan - Asyraf Wajdi
UMNO dijadual mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) seawal minggu depan bagi menangani kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan ketika ini.
- GSF 2.0: 'Kami tidak pulang ke KL, teruskan misi pelayaran ke Gaza' - ZRA
Bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad berkata, walaupun menerima layanan yang teruk di atas kapal ketika ditahan oleh tentera Israel, mereka tetap konsisten untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan itu.