Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bandar Malaysia diwarta tanah rizab Melayu, perkasa agenda Bumiputera - PM Anwar

Bandar Malaysia diwarta tanah rizab Melayu, perkasa agenda Bumiputera - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan buat pertama kali sejak merdeka mengisytiharkan 50 ekar tanah bernilai tinggi di Kuala Lumpur sebagai rizab Melayu sebagai agenda Bumiputera kerajaan Madani.

Beliau turut menjelaskan pengambilalihan semula lapangan terbang lama Sungai Besi membolehkan kerajaan memperuntukkan perumahan kepada veteran tentera udara, majoritinya Bumiputera.