Selangor peruntuk RM130.42 juta menerusi Pakej Daya Tahan Fasa 1 - Amirudin
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan suntikan RM130.42 juta melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 hasil penjimatan belanjawan demi memperkukuh keterjaminan makanan serta mengekang impak inflasi buat rakyat.
Inisiatif proaktif ini bakal menyalurkan bantuan bersasar kepada golongan rentan dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, sekali gus menjadi perisai ekonomi negeri dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang kian menghimpit.