Skip to main content

Dunia

Empat maut dalam letupan kilang Hanwha Aerospace di Korea Selatan

Sumber: REUTERS
Pihak bomba menerima laporan kecemasan jam 10.59 pagi waktu tempatan selepas penduduk sekitar mendengar bunyi letupan kuat serta melihat kepulan asap dari fasiliti tersebut. -Gambar fail/Facebook

SEOUL: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden letupan di sebuah kilang milik Hanwha Aerospace di Daejeon, Korea Selatan, pagi ini.

Pihak bomba menerima laporan kecemasan jam 10.59 pagi waktu tempatan selepas penduduk sekitar mendengar bunyi letupan kuat serta melihat kepulan asap dari fasiliti tersebut.

Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi di daerah Yuseong untuk mengawal kebakaran serta memindahkan mangsa.

Menurut laporan media tempatan, letupan dipercayai berlaku di tingkat satu bangunan kilang berkenaan.

Siasatan awal polis dan bomba mengesyaki kejadian berpunca daripada propelan yang digunakan dalam sistem pemecutan roket.

Dua mangsa yang cedera dilaporkan mengalami kelecuran serius dan kini menerima rawatan di hospital berhampiran.

Pihak pengurusan Hanwha Aerospace memaklumkan siasatan dalaman sedang dijalankan, manakala pihak berkuasa akan melaksanakan siasatan menyeluruh selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

 

Must Watch Video

Advertisement