Pertumbuhan dijangka sederhana kepada 4.2 peratus pada 2026
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.2 peratus tahun ini berbanding 5.2 peratus pada 2025. Menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB), ia didorong permintaan domestik yang semakin meningkat di samping permintaan luaran yang masih berdaya tahan.