Pengukuhan ringgit antara faktor dividen KWSP menurun
Pengukuhan ringgit antara faktor utama kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menurun kepada 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025 berbanding 6.30 peratus tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata pengukuhan unit tempatan itu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam dalam mata wang dolar AS.