Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pekerja muda dan wanita lebih berisiko diganti AI generatif

Pekerja muda dan wanita lebih berisiko diganti AI generatif

Pekerja berusia antara 25 hingga 34 tahun dan golongan wanita di negara ini terutama mereka yang berkemahiran tahap sederhana lebih berisiko digantikan oleh kecerdasan buatan (AI) generatif.

Menurut Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia bersama Bank Dunia, kira-kira 4.2 juta pekerja iaitu 28 peratus daripada keseluruhan tenaga buruh di negara ini berada dalam kategori sangat terdedah terhadap AI generatif.