Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Agong dukacita, kutuk serangan tentera Rejim Israel

[TERKINI] Agong dukacita, kutuk serangan tentera Rejim Israel

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Israel terhadap jemaah dan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa.

Baginda menyifatkan serangan terhadap jemaah dan pencerobohan tempat suci umat Islam ke tiga itu sebagai perbuatan keji dan tindakan yang amat zalim serta tidak berperi kemanusiaan, lebih-lebih lagi berlaku di bulan mulia.