Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

176 ribu nyawa di Eropah terkorban akibat cuaca panas

176 ribu nyawa di Eropah terkorban akibat cuaca panas

Panas melampau meragut nyawa lebih 176,000 orang di Eropah setiap tahun dengan rantau berkenaan menyumbang satu pertiga daripada kematian global.

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Henri P. Kluge, berkata ia disebabkan rantau itu memanas pada kadar dua kali ganda purata global.