Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

AWANI Pagi: Membina Nama di Tengah Krisis | Kisah Keusahawanan Jenama Tempatan

AWANI Pagi: Membina Nama di Tengah Krisis | Kisah Keusahawanan Jenama Tempatan

Pandemik Covid-19 menjadi ujian besar buat Sausage Sizzle apabila sekatan dalam pergerakan dan ketidaktentuan ekonomi memberi kesan langsung kepada operasi perniagaan. Namun, dengan kecekalan, penyesuaian strategi serta komitmen tinggi terhadap kualiti produk, vendor street food ini berjaya bertahan dan bangkit semula daripada krisis global yang mengancam banyak sektor khususnya FnB. Bermula dengan operasi sederhana pada tahun 2019, Sausage Sizzle kini berkembang ke pelbagai lokasi dan acara, sambil membawa konsep street food ke tahap yang lebih tinggi dengan pengalaman rasa setaraf gourmet. Pagi ini dalam AWANI Pagi, kami akan bersama Pengarah Operasi Sausage Sizzle, Nazri Adam, bagi menceritakan perjalanan sebuah jenama makanan tempatan yang mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk membangunkan bisnes dalam persekitaran yang mencabar.