AWANI Pagi: Hari Tvet Negara| Mengangkat Martabat Pendidikan Kemahiran
TVET kini bukan lagi sekadar laluan alternatif, sebaliknya semakin diangkat sebagai agenda nasional dalam melahirkan tenaga kerja mahir masa depan negara. Sempena pengisytiharan 2 Jun sebagai Hari TVET Negara, pelbagai inisiatif sedang diperkasakan. Ikuti kupasan penuh dalam Awani Pagi mengenai hala tuju TVET negara dan bagaimana ia membentuk tenaga kerja masa depan Malaysia.