Skip to main content

Advertisement

AWANI Pagi: Harapan untuk Gaza, Suara dari Misi Kemanusiaan

AWANI Pagi: Harapan untuk Gaza, Suara dari Misi Kemanusiaan

Menghantar bantuan ke Gaza bukan sekadar soal kewangan. Di sebalik setiap sumbangan, ada perjalanan penuh halangan, risiko dan pengorbanan. Dari cabaran logistik yang rumit, sekatan laluan bantuan, hinggalah ancaman keselamatan di zon konflik, semua ini menjadikan setiap misi kemanusiaan satu perjuangan besar.

Namun di sebalik kesukaran itu, ada harapan yang dibawa bersama. Bagaimana kita di Malaysia boleh terus memainkan peranan, bukan sahaja dengan dana, tetapi juga dengan solidariti dan sokongan berterusan untuk rakyat Palestin?