Seramai 202 orang pelajar baharu Tingkatan Satu bagi sesi tahun 2020 telah mendaftarkan diri di SMK Seri Nilam , Kuala Terengganu, Terengganu. Hari Pendaftaran ini telah dijalankan di Dewan Mestika Budi SMK Seri Nilam yang dimulakan dengan sesi pengurusan sekolah bersama para ibu-bapa dan seterusnya pendaftaran pelajar . Selepas itu diteruskan dengan program Transformasi Minda khas untuk pelajar baharu Ting.1 Adik Nur Ain Abdullah,16, wartawan awani junior berkesempatan bersama-sama pelajar baharu Tingkatan Satu sesi 2020. Mari kita saksikan laporan yang telah disediakan.