ISTANBUL: Rakyat Lubnan tidak memilih peperangan, sebaliknya "mereka diheret ke dalamnya," kata Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat semasa lawatan ke ibu negara, Beirut, di tengah-tengah serangan berterusan oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi.
"Saya baru sahaja mendarat di Beirut untuk lawatan solidariti bersama rakyat Lubnan," tulis Antonio Guterres di platform media sosial X. “Mereka tidak memilih peperangan ini. Mereka diheret ke dalamnya.”
Beliau berikrar untuk "berusaha sedaya upaya" dalam mengusahakan masa depan yang aman demi Lubnan dan rantau itu yang "selayaknya mereka kecapi."
Lawatannya dibuat di tengah-tengah keadaan berbalas serangan yang kerap berlaku antara kumpulan Hezbollah Lubnan dan Israel, ketika Tel Aviv memperluas operasinya di Lubnan sejak 2 Mac susulan permusuhan serantau.
I have just landed in Beirut for a visit of solidarity with the people of Lebanon.
They did not choose this war. They were dragged into it.
The @UN & I will spare no effort in striving for the peaceful future that Lebanon & this region so richly deserve.— António Guterres (@antonioguterres) March 13, 2026
Sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb -yang setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei -persengketaan semakin memuncak.
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Muslim communities are observing Ramadan.
Christian communities are observing Lent.
This is a season for solidarity & generosity.
It breaks my heart to see this period shattered by escalating violence in Lebanon.
This war must stop. pic.twitter.com/UTAejTe0mz— António Guterres (@antonioguterres) March 13, 2026
-- BERNAMA-ANADOLU