Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Lima pegawai bank direman, disyaki terima rasuah

Lima pegawai bank direman, disyaki terima rasuah

Lima pegawai institusi perbankan telah diremean kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukan sebuah syarikat perunding kewangan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 25 Januari 2025 terhadap empat suspek, dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an, manakala seorang lagi suspek lelaki yang berusia 30-an direman selama tiga hari sehingga 23 Januari 2025.