Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung

Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung

Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat selepas didapati bersalah mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen sehingga menyebabkan kematian, enam tahun lalu.

Hakim K Muniandy menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ibekwe Emeka Augustine selepas mengambil kira keseluruhan keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan kes berkenaan.