Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir

Bakat ‘maestro’ industri hiburan tanah air, Allahyarham Datuk Hashim Said yang lebih dikenali sebagai S. Atan begitu gah, hingga dicemburui seorang lagi ‘maestro’, iaitu Datuk M. Nasir.
M. Nasir, yang terkenal dengan julukan ‘sifu’ dalam mencipta lagu-lagu pelbagai genre mengakui beliau kadang-kadang cemburu dengan kebolehan S. Atan dalam menghasilkan karya yang sentiasa relevan dan mendapat tempat di hati pelbagai generasi.