Skip to main content

Advertisement

Kelapa sawit: Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa

Kelapa sawit: Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa

Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 se-tan sehingga tahun hadapan.

Menurut Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, ini merupakan sumbangan penting industri sawit bagi sektor perladangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam situasi pandemik COVID-19 masih belum pulih di dalam negara.