3 lelaki maut, seorang wanita parah dalam nahas di Karak
Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaiki mereka melanggar bahagian belakang lori simen di Kilometer 34 Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LPT) Karak awal pagi Jumaat. Keempat-empat mangsa dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.