100 bakal pesara ATM diserap ke sektor logistik, gaji sehingga RM5,000
Seramai 100 bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diserap dalam sektor logistik menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, menerusi pengukuhan program itu, mereka dijangka menerima tawaran gaji sehingga RM5,000 sebulan.