Skip to main content

Advertisement

Panglima ATM ketuai misi diplomatik ke Thailand, Kemboja

Panglima ATM ketuai misi diplomatik ke Thailand, Kemboja

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengetuai delegasi diplomatik ke Thailand dan Kemboja bagi memudah cara perbincangan susulan persetujuan kedua-dua negara pada Isnin.
Perbincangan diplomatik itu susulan mesyuarat khas anjuran malaysia bersama Thailand dan Kemboja pada Isnin, yang menyaksikan persetujuan gencatan senjata tanpa syarat.