Skip to main content

Dunia

Lelaki ditahan bocor filem baharu Avatar: The Last Airbender

The Legend of Aang: The Last Airbender (2026) -- IMDB
Studio penerbit Paramount Pictures memaklumkan kebocoran berkenaan tidak berpunca daripada pihak mereka. - Gambar/ IMDb

SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditahan di Singapura kerana disyaki terlibat dalam kebocoran klip filem animasi The Legend of Aang: The Last Airbender yang masih belum ditayangkan.

Memetik laporan Channel NewsAsia (CNA), suspek didakwa memperoleh akses tanpa kebenaran ke sebuah pelayan kandungan media bagi memuat turun filem berkenaan sebelum menyebarkannya di beberapa platform media sosial.

Lelaki itu ditahan dalam tempoh sehari selepas laporan diterima pihak berkuasa.

Ketika penahanan, polis turut merampas beberapa peranti elektronik milik suspek dan menemui salinan filem tersebut dalam peranti berkenaan.

Suspek berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda tidak melebihi RM155,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan Variety, filem itu mula dimuat naik di platform X pada awal April dan masih boleh diakses sehingga 16 April.

Sementara itu, studio penerbit Paramount Pictures memaklumkan kebocoran berkenaan tidak berpunca daripada pihak mereka.

Filem animasi itu, yang merupakan sebahagian daripada francais Avatar: The Last Airbender, dijadualkan menemui penonton pada Oktober ini.

 

Must Watch Video