Skip to main content

Teknologi

Snap buang 1,000 pekerja, fokus kecekapan berasaskan AI

61707194833_Snap.jpg
Menurut Snap, penggunaan AI telah membantu meningkatkan beberapa ciri utama platform, termasuk pengoptimuman prestasi pengiklanan serta pemantapan infrastruktur Snap Lite, sekali gus mempercepat pelaksanaan projek utama syarikat. -Gambar fail

SANTA MONICA: Snap, syarikat induk kepada platform Snapchat, mengumumkan pemberhentian kira-kira 16 peratus tenaga kerjanya, melibatkan lebih 1,000 pekerja sepenuh masa, susulan usaha mengoptimumkan operasi melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Syarikat itu memaklumkan kemajuan pesat dalam teknologi AI membolehkan Snap beroperasi dengan pasukan yang lebih kecil tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada pengguna dan rakan niaganya.

Menurut Snap, penggunaan AI telah membantu meningkatkan beberapa ciri utama platform, termasuk pengoptimuman prestasi pengiklanan serta pemantapan infrastruktur Snap Lite, sekali gus mempercepat pelaksanaan projek utama syarikat.

Selain pengurangan kakitangan, Snap turut menutup lebih 300 jawatan kosong yang ditawarkan sebelum ini sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula organisasi.

Langkah tersebut dijangka dapat mengurangkan kos operasi tahunan syarikat dengan ketara dan mempercepat sasaran Snap untuk mencapai keuntungan bersih pada masa hadapan.

Pemberhentian berkenaan merupakan perkembangan terbaharu dalam gelombang pembuangan pekerja sektor teknologi global, ketika semakin banyak syarikat beralih kepada automasi dan penggunaan AI bagi meningkatkan kecekapan perniagaan.

Must Watch Video